AGENSI NUKLEAR MALAYSIA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN (PEMBANGUNAN) PAHANG
BANGI, 28 Oktober 2026 - Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) telah menerima kunjungan hormat daripada YH Dato' Ali Syahbana bin Sabaruddin, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Pahang merangkap Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang.Ketibaan beliau disambut oleh YBrs. Dr. Muhammad Rawi bin Mohamed Zin, Ketua Pengarah Nuklear Malaysia.

Kunjungan ini bertujuan untuk bertukar pandangan serta potensi cadangan kerjasama di antara Nuklear Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang dalam bidang teknologi nuklear terutamanya di bawah Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2030.
Pertemuan ini turut menjadi platform bagi membincangkan perkara berkaitan kajian tersebut serta memperkukuh penyelarasan dan kerjasama antara Kerajaan Negeri Pahang, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Nuklear Malaysia.

Turut hadir ialah barisan pengurusan tertinggi Nuklear Malaysia, pengarah-pengarah bahagian serta pegawai daripada MOSTI dan Nuklear Malaysia.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri bagi menyokong pelaksanaan agenda pembangunan teknologi nuklear negara secara terancang dan bertanggungjawab.
Nuklear Untuk Rakyat (N.U.R.)